Isnin, 4 Februari 2013

Produk Pelangsingan

1) Felinna Inchloss Lotion

Harga Pasaran : RM 75.00
Harga Kami : RM65.00
free postage (wm)

Felinna Inchloss krim pelangsingan yang berbau wangi,malah  boleh digunakan untuk lelaki dan wanita.Pengguna hanya perlu menyapu pada bahagian badan yang ingin kurus sahaja.
Kandungan:180ml

Kebaikan Felinna Inchloss Lotion

  • untuk melangsingkan bahagian tertentu pada badan.

Cara Guna

  1. Picit secukupnya dan sapu pada bahagian badan yang bermasalah sambil membuat urutan ringan dengan gerakan membulat (pusingan arah jam/lawan jam) sehingga ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit.
  2. Sapu dua kali sehari. Lepas mandi dan sebelum tidur.

2) Jamu Susut Mak Dara

Harga Pasaran : RM45.00

Jamu Susut dari Jamu Mak Dara khas untuk pengguna yang ingin kurus dengan mengurangkan selera makan.

Perhatian:
  1. Jamu Susut tidak sesuai untuk wanita hamil dan kanak-kanak.
  2. Elakkan dari minum air kelapa muda.
Kandungan:60 kapsul

Khasiat  Jamu Susut Jamu Mak Dara

  • membuang angin  dan menguruskan badan.

Cara Guna

  1. 2 kapsul 2 kali sehari,sebelum makan pagi dan makan petang.


3) Gelek Rampeng

 Harga Pasaran : RM29.00 (free po

Gelek Rampeng keluaran Mentari Merah Health Food kaya dengan vitamin C,minuman mudah larut untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Kandungan:15g x 10 sachets

Kebaikan Gelek Rampeng

  • untuk kurus dan melangsingkan badan.

Kandungan Gelek Rampeng

  1. natrium bukarbonat
  2. asid sitrik
  3. perisa oren
  4. asid malic

Cara Minum

Cara Pemakanan
  1. Dalam satu minggu pertama minum 2 kali sehari
  2. Satu paket sebelum sarapan dan satu paket sebelum makan malam.
  3. Minggu kedua dan seterusnya minum satu kali sehari sebelum makan malam.
Cara Penyediaan
  1. Masukkan 150ml-200ml air bersuhu bilik ke dalam gelas.
  2. Kacau sehingga larut dan sedia untuk minum.

4) Double Slim Up Megah Perawan

Harga Pasaran : RM39.00

Doubleslym Up keluaran Megah Perawan membantu dalam membuang lemak tepu.Doubleslym Up bertindak secara semulajadi dengan mengeluarkan peluh dan memecahkan lemak tanpa perlu bersenam.

Kandungan:20gm x 10 sachet

Kebaikan Double Slym Up Megah Perawan
  • Membantu dalam membantu membuang lemak tepu.
  • Bertindak secara semula jadi mengeluarkan peluh dan memecah lemak tanpa perlu bersenam serta membakar lemak secara semulajadi.
  • Membantu mengurangkan selera makan
  • Memudahkan pelawasan pembuangan air kecil dan besar dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

Cara Guna

  1. Campurkan 1 sachet ke dalam 1/2 cawan air suam,kacau sehingga larut.Minum segera.
  2. Bagi berat badan melebihi 75kg ke atas digalakkan 2x sehari selepas makan pagi dan malam.Banyakkan minum air kosong.
  3. Ambil 1 kali sehari selepas makan.

5) Sabun Panas Herba V'Asia

Harga Pasaran : RM18.00
Free Postage

Sabun Panas Herba keluaran V’Asia adunan istimewa halia,limau nipis,serai wangi,pegaga,kayu manis dan kolagen bertindak memberi kesan hangat bagi membantu memecahkan lemak serta mengurangkan selulit.Sesuai digunakan pada bahagian berlemak seperti lengan,perut,pinggang,punggung,peha dan badan.

Kandungan:45gme


Kebaikan Sabun Panas Herba V’Asia
  • memecahkan lemak serta mengurangkan selulit
  • melangsingkan badan
  • menganjalkan dan melicinkan tekstur kulit
  • memudarkan tanda hitam dan memudarkan kesan strectchmark

Kandungan Sabun Panas Herba V’Asia

  1. Aqua
  2. Natural Gel soap
  3. Halia
  4. Serai
  5. Pegaga
  6. Kayu Manis
  7. Kolagen
 

6) Superamping Balm Jamu Jelita

Harga Pasaran : RM25.90
Free Postage

Superamping Balm Hangat Serbaguna keluaran Jamu Jelita digunakan untuk memiliki ukur lilit idaman pada bahagian yang diingini.

Kandungan : 30gm

Kandungan Superamping Balm Jamu Jelita

  1. Petrolatum
  2. Cera Alba
  3. Gaultheria Procumbens leaf oil
  4. Natural mixed herbs

Cara Guna

  1. Sapukan,rata dan urut secara perlahan atau membulat sehingga meresap.
  2. Pada peringkat awal penggunaan sapukan sedikir sahaja bagi menyesuaikan kesan hangat
  3. Boleh digunakan sekerap mungkin dengan kadar 1-3 kali sehari pada bahagian yang bermasalah setiap kali selepas mandi bagi kesan yang mujarab.
  4.  

7) 3Ple Miracle Diet Jamu Jelita

Harga Pasaran : RM27.90
free postage

3Ple Miracle Diet produk keluaran Jamu Jelita diperbuat daripada ramuan buah-buahan strawberry,Barli,Roselle,Acai Berry,Rasberi,Asam Jawa,Delima dan Aloe Vera.3Ple Miracle Diet dapat melansing,mengenyang serta merampingkan badan.
Kandungan:15gm x 7 sachet

Kandungan 3Ple Miracle Diet Jamu Jelita

  1. Strawberry Powder
  2. Seena leaf powder
  3. Inulin
  4. Citric Acid
  5. Barley Powder
  6. Blackcurrant
  7. Vitamin C
  8. Ginger

Cara Guna

  1. Campurkan kandungan ke dalam secawan air biasa atau suam,kacau hingga larut dan sedia untuk diminum
  2. Ambil 1 sachet setiap hari 10-15 minit selepas makan.
  3. Bagi berat yang melebihi 80kg digalakkan mengambil 2 kali sehari selepas makan tengah hari dan malam
  4. Lebihkan pengambilan air kosong dan buahan.
Perhatian
  1. Simpan di tempat yang kering.
  2. Sesuai untuk lelaki dan wanita
  3. Kurangkan makanan manis,minyak & berlemak
  4. Bagi ibu menyusu,ambil separuh sachet pada peringkat awal.

 

8) Jus Janda Langsing

Harga Pasaran : RM42.00
Harga Kami : RM40.00
free postage

 Jus Janda Langsing keluaran Jamu Ratu Malaya minuman untuk melangsingkan badan mengandungi minuman Botani Garcinia Cambogia,Hoodia Goordoni,Citrus Aurantium dan Teh Hijau.

Kandungan:6 gm x 10 sachets

Kandungan Jus Janda Langsing Jamu Ratu Malaya

  1. Kiwi juice powder
  2. Maltodextrin
  3. Garcinia Cambogia
  4. Kiwi Flavour
  5. Citric Acid
  6. Hoodia Goordoni
  7. L-Carnitine
  8. Citrus Aurantium
  9. Green tea
  10. Stevia

Cara Minum

  1. Tuang 150ml air suam ke dalam cawan.
  2. Campurkan 1 sachet(6gm) ke dalam cawan dan kacau.
  3. Minum 1 jam sebelum tido.

 

9) Reduze Eskayvie

Harga Pasaran : RM150.00
Harga Kami : RM135.00
free postage
   
Reduze ialah ramuan pelangsingan badan terkini yang telah dibuktikan secara klinikal mampu mengurangkan berat badan dengan mengamalkan pemakanan kebiasaan secara selamat berpandukan kaedah pelbagai tindakan

 Khasiat Reduze Eskayvie

  • Menghindari penyerapan gula dari usu
  • Melambatkan pengosongan makanan dari perut
  • Menggalakkan pembakaran tenaga selain dari punca gula
  • Mengurangkan pembentukan lemak dari gula dan kanji yang tidak digunakan
  • Menguatkan tulang dan tisu konektif

Kandungan Reduze Eskayvie

  1. Ananas comosus Extract
  2. Irvingia gabonensis Extract
  3. Aminoforte
  4. Fibrenox
  5. Svetol
  6. Fiit-NS
  7. Stevia

Cara Guna

  1. Tuangkan kandungan 1 uncang ke dalam gelas yang diisi dengan 200ml air (sejuk atau pada suhu bilik)
  2. Bancuh sehingga larut dan minum segera.
  3. Diambil seeloknya 1 jam sebelum makan, dua kali sehari. Minum air secukupnya setiap hari.
  4. Kandungan:8gm 
     

10) Slimmertique Sendayu Tinggi

Harga Pasaran : RM39.50
Harga Kami : 30.00
free postage
“Kekal Langsing Tanpa Berlapar & Bersenam Dengan Slimmertique”
Anda pasti memiliki tubuh badan yang menarik dengan Slimmertique tanpa berlapar dan bersenam.  Slimmertique bertindak menguruskan badan secara sistematik tanpa cirit-birit serta mengekalkan kecantikan badan.

Khasiat Slimmertique

  • Melawaskan pembuangan air besar atau kecil.
  • Mengurangkan rasa lapar.
  • Membuang air yang berlebihan dalam badan.
  • Mengelakkan kulit daripada mengelambir selepas langsing.
  • Mengelakkan rasa penat dan lapar.

Kandungan Slimmertique

  1. Caulis Cinnamoum India
  2. Fructus Usner Barbata
  3. Semen Vernonia Anthelmintica
  4. Fructus Emblica Officianalis
  5. Caulis Litsae Sebifera
  6. Fructus Pedalium Murex
Bahan Aktif:-
  1. Aperient – Membantu melawaskan pembuangan air besar.
  2. Anorectic – Membantu mengurangkan rasa lapar.
  3. Diuretic – Bertindak melawaskan air kecil dan pembuangan air yang berlebihan di samping membentuk badan Iebih kemas dan cantik.

Simptom Awal Ketika Mengambil Slimmertique

  1. Kerap membuang air kecil
  2. Cepat kenyang
  3. Melawaskan pembuangan air kecil dan besar
Perhatian:
  1. Tindakbalas ini berlaku untuk membuang air yang berlebihan dan membuang toksin di dalam badan di samping memejalkan badan semasa dan selepas proses menguruskan badan.
  2. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, anda digalakkan menggunakan Body Contour Cream untuk mempercepatkan proses

11) Perfect Body Atika Beauty

Harga pasaran : RM38.00
Harga kami : RM33.00
free postage
 
Perfect Body Atika Beauty pilihan produk yang sesuai kepada pengguna yang ingin mengempiskan perut,kelihatan langsing dan ramping.

Kebaikan Perfect Body Atika Beauty

  • Melangsing
  • Membentuk
  • Meramping
  • Menganjal
  • Mengempis
  • Menegang

Kandungan Perfect Body Atika Beauty

  1. Apple Stem Cell
  2. Collagen Peptide
  3. Mixed Tropical Fruit Powder ( Lime, Orange )
  4. Citrus Aurantium Extract
  5. Aloe vera Extract
  6. Guarana Extract
  7. Marin Kolagen
  8. Green Tea Extract
  9. Vitamins 

Cara Minum

  1. Campurkan kandungan di dalam uncang dengan 200ml air suam, kacau dan minum segera. Ambil 1-2 uncang setiap pagi selepas sarapan.

 

12) Set Limau Nipis Halia Plus

Harga pasaran : RM70.00
Harga kami : RM50.00
free postage
Set mengurangkan Berat badan Serai Limau Nipis Halia plus terdiri dari tiga produk iaitu:
  1. Losyen Serai Wangi Limau Nipis Plus Pati Halia
  2. Kapsul Thina Serai Limau Nipis
  3. Teh Serai Limau nipis (3 in 1).

Losyen Serai Wangi Limau Nipis Plus Pati Halia

Losyen Serai Wangi Limau Nipis ini dirumus dengan serai wangi dan limau nipis dapat menjauhkan nyamuk dan gigitannya.

Khasiat
  • Buang angin
  • Menghilangkan selulit
  • Melangsingkan badan
  • Melancarkan peredaran darah yang tersumbat
  • Menghilangkan masalah kembung perut
  • Menghilangkan senggugut
  • Sesuai untuk sakit-sakit badan dan sengal otot
  • Terkena bahan panas dan gigitan serangga
Kandungan Losyen Serai Wangi Limau Nipis
1. Limau nipis
Ia digunakan untuk menguruskan badan dan juga mengatasi masalah kesihatan seperti batuk, kesukaran membuang air kecil, nafas dan badan berbau, terseliuh, jerawat dan cirit-birit.
2.  Serai wangi
Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin dalam badan juga membuang toksin dalam badan.

Cara Guna
  1. Sapu dan gosok ditempat yang diperlukan.
Kandungan 80 ml

Kapsul Thina Serai Limau Nipis

Kapsul Thina Serai Limau Nipis adalah ubatan tradisional untuk mengurangkan berat badan.

Khasiat
  • Membuang Lemak dan melangsingkan badan
  • Membuang angin dan melegakan otot, sendi serta sengal-sengal tubuh
  • Melegakan kembung perut dan sakit belakang
  • Melegakan senggugut bagi wanita
  • Terkena bahan panas dan gigitan serangga
  • Aktiviti kesukanan
  • Ibu selepas bersalin
Cara Guna 
  1. 4 – 6 kapsul untuk sekali makan,1 kali sehari.
Kandungan 80 kapsul

Teh Serai Limau Nipis (3 in 1)

Nikmatilah aroma dan rasa yang hebat gandingan serai,limau nipis, dan halia untuk badan yang langsing dan menawan serta membantu menghilangkan bau badan dan pernafasan. Ia adalah minuman kesihatan dan membantu menurunkan berat badan.

Khasiat
  • Membantu menurunkan berat badan.
  • Membantu menghilangkan bau badan dan pernafasan.
Kandungan 3g x 18 uncang

13) Set B'Slima Pati halia 2 in 1 Yusmira


Harga pasaran : RM48.00
Harga kami : RM35.00
free postage

Set B’Slima Pati Halia 2 in 1 khas untuk membantu anda menurunkan berat badan secara semulajadi.Set B’Slima Pati Halia 2 in 1 mengandungi:
  1. B’Slima Kapsul Plus Pati Halia
  2. Losyen Mujarab Pati Halia.

Khasiat BSlima Kapsul Plus Pati Halia

  1. membuang angin dari badan.
  2. membantu masalah penghadaman.
  3. melancarkan peredaran darah.
  4. baik untuk sendi dan sengal-sengal otot.

Khasiat Losyen Mujarab Pati Halia

Ia sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti
  1. melangsingkan badan
  2. melegakan sakit otot dan sendi
  3. kembung perut
  4. sakit belakang
  5. mengurangkan selulit
  6. melegakan sakit akibat senggugut(bagi wanita)
  7. untuk bersukan
  8. gigitan serangga
  9. terkena air panas
  10. untuk wanita lepas bersalin.

Cara Guna

  1. BSlima Kapsul Plus Pati Halia dimakan sebanyak 4-6 kapsul sehari selepas makan.
  2. Losyen Mujarab Pati Halia pula disapu pada bahagian badan yang bermasalah dan diurut secara lembut

 

14) Lax 7 Ombak Besar


Harga pasaran : RM49.90
Harga kami : RM45.00
free postage

perisa cherry
perisa cafe 
 
Slim Lax 7 Ombak Besar yang kaya dengan Vitamin C adalah formula yang lebih berkesan untuk membantu menurunkan berat badan.  Ianya digabungkan dengan campuran Herba Pelangsing, Collagen, Kopi Pracampur, Teh Hijau dan Garcinia Cambogia untuk mencantikkan struktur kulit badan agar lebih tegang dan cerah putih gebu, membuang lemak-lemak yang berlebihan di dalam tubuh 

Khasiat Lax 7 Ombak Besar

  • Membantu mendapatkan berat badan yang ideal
  • Membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
  • Membantu melancarkan sistem pelawasan tubuh.
  • Membantu tidur dengan nyenyak
  • Membantu kecergasan Minda
  • Membantu mencantikkan struktur kulit
  • Membantu melangsingkan badan dalam masa yang singkat
  • Ia bertindak sebagai antioksidan

Kandungan Lax 7 Ombak Besar

  1. Serbuk Kopi
  2. Kacang Pinggang Putih
  3. Kolagen
  4. Teh Hijau
  5. Ekstrak Biji Anggur
  6. Serbuk Blueberry
  7. Serbuk Raspberry
  8. Serbuk Beri Plum
  9. Serbuk Cranberry
  10. Garcinia Cambogia

Cara Minum

  1. Amalkan 1 sachet dicampurkan bersama 200ml air panas, kacau dan minum segera.
  2. Ambil 1-2 uncang setiap hari selepas makan.
  3. Perhatian: Jika mengalami masalah sembelit yang sukar, anda digalakkan mengambil 2 uncang Lax 5

 

15) Lax 5 Ombak Besar

Harga pasaran : RM39.90

Lax 5 mempunyai 2 perisa iaitu perisa oren dan perisa blackcurrant.  Lax 5 ini boleh dijadikan minuman yang sedap, dan ianya dapat menurunkan berat badan.Badan yang gempal boleh bertambah langsing, kulit yang kendur boleh bertambah mantap dan kulit badan yang kusam bolehbertambah cerah.LAX-5 sedap diminum.

Kebaikan Lax 5 Ombak Besar

  • Membantu melawaskan pembuangan toksid
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu mencuci usus kecil dan usus besar
  • Membantu mencantikkan struktur kulit
  • Kaya dengan Vitamin C
  • Membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
  • Membantu tidur dengan nyenya
  • Membantu kecergasan Minda
  • Kaya dengan Anti-Oksida
  • Tanpa Gula – Sesuai untuk Penghidap Diabetes

Kandungan Lax 5 Ombak Besar

  1. Sekam Oat
  2. Serat sayur-sayuran
  3. Serat kelapa sawit
  4. Oligo
  5. Glukosa
  6. Guar gum
  7. Serbuk Beri hitam
  8. Serbuk Oren

Cara Guna

  1. Campurkan kandungan di dalam uncang dengan 200ml air biasa atau sejuk,kacau dan minum dengan segera.
  2. Ambil 1-2 uncang setiap hari selepas makan.
Kandungan:15 uncang x 12g
 

16) B Slima Kapsul Plus Pati Halia

Harga pasaran : 35.00
Harga kami : RM30.00
free postage

BSlima Kapsul Plus Pati Halia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengguna.  BSlima Kapsul Plus Pati Halia dirumus daripada pati halia berkualiti tinggi dan kombinasi herba tempatan yang terbukti amat berkesan dalam pengurangan berat badan di samping membuang lemak berlebihan secara semulajadi dan tanpa kesan sampingan agar badan kelihatan langsing, cantik dan menawan.

Khasiat BSlima Kapsul Plus Pati Halia

  1. membuang angin dari badan.
  2. membantu masalah penghadaman.
  3. melancarkan peredaran darah.
  4. baik untuk sendi dan sengal-sengal otot.

Maklumat Lain Berkaitan Dengan BSlima Kapsul Plus Pati Halia

  • No Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia: MAL 06011793T
  • Isipadu/Berat BSlima Kapsul Plus Pati Halia: 80 kapsul

Cara Guna

  1. 4-6 kapsul untuk sekali makan.
  2. 1 kali sehari(selepas makan).

 

17) Pek Kombinasi Pati Halia

Harga pasaran : RM49.00
Harga kami : RM40.00
free postage

Pek kombinasi Losyen Mustajab Pati Halia dan Nightriem Kapsul Pati Halia paling ideal untuk mengurangkan dan mengekalkan berat badan. Bertindak melancarkan sistem penghadaman, menyingkirkan toksin dalam badan secara efektif.
Kombinasi ini mampu bertindak secara dalaman dan luaran. Khas untuk penggemar aroma halia. Ianya sesuai untuk lelaki dan wanita.

Khasiat Pek Kombinasi Pati Halia

  1. Untuk kegunaan seisi keluarga.
  2. Sangat sesuai untuk tujuan urutan seluruh badan.
  3. Membantu mengatasi selulit.
  4. Sesuai untuk wanita lepas bersalin.
  5. Juga boleh memecahkan lemak.
  6. mengekalkan bentuk badan ideal.

Kandungan Pek Kombinasi Pati Halia

  1. Pati Halia untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik, melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan.

Maklumat lain Berkenaan Pek Kombinasi Pati Halia

  • No Pendaftaran Kementeria Kesihatan Malaysia:  Losyen Mustajab Pati Halia  NOT 06120094K, Nightriem Kapsul Pati Halia MAL 07081562TC
  • Kandungan Losyen Mustajab Pati Halia (65ml), Nightriem Kapsul Pati Halia (100kapsul)

18) Pek Kombinasi Extra Hot

Harga pasaran : RM51.00
Harga kami : RM40.00
free postage 
 
Pek Kombinasi Losyen Mustajab Extra Hot dan Nightriem Kapsul Pati Halia paling ideal untuk mengurangkan dan mengekalkan berat badan. Ia sesuai untuk lelaki dan wanita. Bertindak melancarkan sistem penghadaman dan menyingkirkan toksin dalam badan secara efektif. Kombinasi yang mampu bertindak secara dalaman dan luaran. Khas untuk penggemar losyen yang lebih hangat.

Khasiat Pek Kombinasi Extra Hot

  1. Aroma sejuta halia.
  2. Ianya hangat dan sesuai untuk mereka yang aktif dan sukakan panas.
  3. Melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  4. Ia juga berkesan memecah lemak dan membuang angin dalam badan dengan segera.
  5. membantu memberikan berat badan ideal dan kecergasan badan.
  6. Juga sesuai untuk warga tua.
  7. Rumusan semulajadi, halal dan berkualiti.

Kandungan Pek Kombinasi Extra Hot

  • Pati Halia untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik, melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan.

Maklumat Lain Berkenaan Pek Kombinasi Extra Hot

No Pendaftaran KKM:
  1. Losyen Mustajab Extra Hot  NOT 090800700K
  2. Nightriem Kapsul Pati Halia MAL 07081562TC
Berat/Isipadu:
  1. Losyen Mustajab Extra Hot (65ml)
  2. Nightriem Kapsul Pati Halia (100kapsul)

Cara Guna

Losyen Mustajab Pati Halia
  1. Sapu pada tempat yang bermasalah.
  2. Urut secara perlahan-lahan.
  3. Boleh digunakan sekerap yang mungkin dan ia tidak berminyak dan mudah meresap.
Kapsul Pati Halia Nightriem
  1. 4-6 biji kapsul setiap malam sebelum tidur.
  2.  

19) Day & Night Slim Tea

Harga pasaran : RM29.00
Free postage
Day & Night Slim Tea adalah rumusan khas untuk lelaki & wanita yang ingin menurukan berat badan dan mengekalkan kesihatan tubuh badan agar sentiasa ramping dan menawan serta menjadikan anda bebas dari masalah perut buncit yang merimaskan.

Khasiat Day & Night Slim Tea

  • Sesuai bagi lelaki dan wanita yang ingin menurunkan berat badan dan mengekalkan kesihatan.

Kandungan Day & Night Slim Tea

  • Teh Hijau membantu membakar lemak, mencegah penyakit jantung, menurunkan tekanan darah, dan melindungi diri dari diabetes dan hepatitis.
  • Ekstrak Limau Nipis digunakan untuk menguruskan badan juga mengatasi masalah kesihatan seperti batuk, kesukaran membuang air kecil, nafas dan badan berbau, terseliuh, jerawat dan cirit-birit.
  • Ekstrak Halia  digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu.

Cara Guna

  1. Masukkan satu uncang the ke dalam cawan atau gelas.
  2. Tuangkan air panas dan biarkan 3-5 minit.
  3. Kacau sebelum minum dan tambah sedikit pemanis jika perlu.
  4. Simpan di tempat kering dan dingin.
  5. Sila kurangkan pengambilan teh ini sekiranya terdapat tanda-tanda sakit perut.
  6. Tidak sesuai kepada ibu yang mengandung dan menyusukan anak.
  7. Kandungan 30 uncang
 

20) Be-Fit Slimming Garcinia Cambogia

Harga pasaran : RM50.00
Harga kami : 40.00
free postage
Be-Fit Slimming Garcinia Cambogia adalah supplement penurunan berat badan kerana ia mengandungi kompaun bernama Hydroxycitric Acid (HCA) yang membantu merawat obesiti. Herba ini mampu mengawal selera makan selama  beberapa jam lamanya.

Khasiat Be-Fit Slimming Garcinia Cambogia

  • Mendapat lebih tenaga untuk aktiviti fizikal.
  • Mengurangkan nafsu untuk makan.
  • Menaikkan kadar metabolisma dan pembakaran kalori.
  • Menurunkan berat badan dengan berkesan dan terkawal.
  • Membakar lemak berlebihan dengan pantas.
  • Mengawal berat badan dengan mudah.
  • Tiada kesan sampingan yang negatif.
  • Mengurang kolesterol.

Kandungan Herba Be-Fit Slimming Garcinia Cambogia

  1. Garcinia Combogia mengandungi kompaun HCA yang amat berkesan menahan kegemukan selepas memiliki berat badan idaman merawat masalah kemurungan, susah tidur, migraine, gastrik, kencing manis, darah tinggi.

Cara Guna

  1. Ambil 2-3 kapsul sebelum tidur.
Setiap botol Be-Fit Slimming Garcinia Cambogia mengandungi 60 kapsul. Dengan pengambilan 2 biji sehari, ianya mampu bertahan selama 30 hari (1 bulan).

 


21) Orange Fiber Ramping

Harga pasaran : RM69.00
Harga kami : 60.00 
free postage

Orange Fiber Ramping dari Jamu Mak Dara adalah produk khusus untuk membantu mereka yang inginkan badan yang ramping dan menawan disamping dengan bantuan kolagen, ianya juga membantu mencantikan lagi kulit pengguna.

 

Khasiat Orange Fiber Ramping

  • Mencantikkan dan menghaluskan kulit.
  • Menurunkan berat badan dan membakar lemak.
  • Membantu mengatasi masalah perut buncit dan mengurangkan kesan ‘stretchmark’.
  • Meransang sistem penghadaman.
  • Melegakan sembelit dan mempermudahkan sistem pelawasan.
  • Membuang lebihan angin.
  • Mengawal paras kolestrol.

Kandungan Orange Fiber Ramping

  1. Pati Oren sejenis antioksidan yang sangat baik. Ia juga serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal di samping ianya kaya dengan vitamin dan mineral. Ia juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik.
  2. Serat(Fiber) membantu penghadaman, mengawal paras kolestrol dan memberikan rasa kenyang.
  3. Kolagen merupakan protein semulajadi yang memainkan peranan penting dalam proses menghasilkan sel-sel baru. Dalam erti kata lain, kolagen menyokong fungsi kulit yang sihat serta menyerlahkannya. Kolagen juga bertindak sebagai agen anti penuaan.
  4. Vitamin C membantu kesihatan, membantu pembentukan kolagen, membekalakan vitamin, mengimbangi warna kulit dan meningkatkan penyerapan zat besi.

Cara Guna

  1. Bancuhkan satu sachet Orang Fiber Ramping dengan secawam air dan kacau sebati.
  2. Minum pada waktu pagi dan petang sebelum sarapan dan makan malam.
  3. Banyakkan minum air suam.
  4. Elakkan minum ais batu.
1 kotak Orange Fiber mempunyai 15 sachet.

22) Garlic Plus

 Harga Pasaran : RM27.50

ATASI MASALAH PERUT, LEMAK BERLEBIHAN & SELULIT
Garlic Plus dari Sendayu Tinggi membantu membuang angin, memecahkan selulit dan membakar lemak di bahagian perut, paha dan lengan. Mengatasi masalah perut buncit, lemak berlebihan dan sembelit serta melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
Garlic Plus dihasilkan daripada 60% Tubure Alium Sativum (Lassun-spesis bawang putih dari Yunan). Ia bertindak dengan luar biasa dari bawang putih biasa di mana kandungan 250mg Tubure Alium Sativum adalah menyamai dengan 1000 mg bawang putih biasa.

Khasiat Garlic Plus

  • Membantu masalah perut buncit, lemak berlebihan dan sembelit yang dialami oleh lelaki mahupun wanita.
  • Membuang angin, memecahkan selulit dan membakar lemak yang terdapat di dalam badan terutama yang terkumpul di bahagian perut, paha dan juga lengan.

Kandungan Garlic Plus

  1. Tubure Allium Sativum
  2. Semen Piper Nigrum
  3. Rhizome Curcuma Aeroginosa
  4. Rhizome Zingiber Minus
  5. Semen Cuminum Cyminum
Kandungan Bahan Aktif:
  1. Carminative – Membantu penghadaman dan mengeluarkan angin yang menyekat perjalanan darah.
  2. Allicin – Bertindak membunuh kuman dalam perut.
  3. Aperient – Membantu melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
  4. Diaphoretic – Membantu proses perpeluhan.
  5. Antacid – Bertindak mengimbangi asid hidrokiorik atau asid masam serta gastrik dan pedih ulu hati.

Cara Guna

  1. Pengambilan produk 2 biji 2 kali sehari dalam 15-30 minit sebelum makan.
  2. Bagi pengguna yang hanya mengalami masalah perut buncit ambil produk ini bersama-sama dengan Lucimax dan Body Contour Cream untuk sapuan luaran.
  3. Teruskan pengambilan produk ini sewaktu haid.
  4. Wanita selepas bersalin hanya dibenarkan mengambil produk ini selepas bayi berumur 4 bulan keatas.
  5. Jangan melebihi dos yang disarankan untuk mengelakkan implikasi.
  6. Hentikan penggunaan sekiranya mengandung.
  7. Dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan.
Simptom Awal:
  • Kerap berpeluh
  • Kerap sendawa dan buang angin
  • Kerap membuang air kecil
No Pendaftaran KKM: MAL 20013407T Kandungan Garlic Plus: 60 kapsul

23) Pil Pijut Perut Xlim Putri Binari

Harga Pasaran : RM21.90
Pil Pijut Perut Xlim digunakan secara tradisional untuk mengurangkan berat badan, melancarkan buang air kecil dan menyegarkan badan. Sesuai untuk wanita yang telah berkahwin dan gadis remaja.

Khasiat Pil Pijut Perut Xlim Putri Binari

  • Kaya dengan vitamin dan mineral yang memberikan khasiat dan tenaga kepada badan.
  • Berserat tinggi, melawaskan pembuangan air besar.
  • Menyingkirkan toksin dari badan.
  • Mengetatkan dan mengencangkan otot-otot perut.
  • Menghilangkan kembung perut dan membantu sistem penghadaman
  • Melancarkan pembuangan air dari tubuh, mengurangkan edema (sembab) dan mengawal berat badan.

 Kandungan Khasiat Pil Pijut Perut Xlim Putri Binari

  1. Manjakani (Quercae Lusitanicae Gallae)
  2. Buah Pinang (Uncariae Gambira Catechu )
  3. Daun Jarak Pagar (Jatrophae Curcas Folium )
  4. Daun Jati Belanda (Guazumae Folium)
  5. Kunyit (Curcuma Rhizome)

Cara Guna

  1. Untuk mengurangkan berat badan: Ambil 5biji, 3 kali sehari.
  2. Untuk melancarkan buang air kecil dan menyegarkan badan: Ambil 5biji, sekali sehari.
Kandungan 100 biji Setiap biji mengandungi 250mg.
Peringatan:Wanita hamil dilarang memakan Pil Binari Putri Binari. Ini adalah persedian herba, jika penyakit berlarutan dapatkan nasihat doktor. Simpan ditempat yang dingin dan kering. Jauhkan dari kanak-kanak. No Pendaftaran KKM: MAL 19950433T

24)Stay Fit Roselle Dietary Drink Anyys Beauty

Harga Pasaran :RM68.00

Harga Kami : RM60.00

free postage 

Stay Fit – Roselle Dietary Drink adalah jus pra-campuran roselle, kolagen, pueraria mirifica, ekstrak teh hijau dgn ekstrak herba-herba terpilih dan 100% semulajadi dan selamat. Di kilangkan mengikut prosedur Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan diklasifikasikan sebagai makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta HALAL. 

Khasiat Stay Fit Roselle Dietary Drink Anyys Beauty

  • Menurunkan berat badan secara selamat dan sihat dan kekal langsing
  • Mengawal berat badan dan mengawal selera makan
  • Menegangkan payudara serta punggung
  • Mencantik dan menganjalkan struktur kulit
  • Melawaskan pembuangan, merawat sembelit dan mengempiskan perut
  • Menjaga kesihatan dalaman wanita seperti menghilangkan keputihan dan senggugut
  • Melambatkan proses penuaan dan menopous
  • Memberi kenikmatan pada hubungan intim suami isteri

Kandungan Stay Fit Roselle Dietary Drink Anyys Beauty

  1. Roselle Extract
  2. Collagen
  3. Pueraria Mirifica
  4. Green Tea Extract
  5. Kacip Fatimah
  6. Psyllium Husk
  7. Beet Juice Powder

Cara Guna

  1. Ambil 1 sachet Stay Fit dan tuang ke dalam 150 ml air sejuk (suhu bilik). Kacau hingga larut dan minum.
  2. Ambil 1 sachet sehari.
Nota: Amalkan sebelum tidur. Sebaiknya berhenti minum Stay Fit semasa dalam period. Wanita mengandung, menyusukan bayi dan kanak-kanak tidak boleh mengambil produk ini. Kandungan 20g x 10 sachets

24)Teh Herba Orang kampung

Harga Pasaran : RM21.80
 
Berat badan yang berlebihan merupakan punca pelbagai penyakit berbahaya seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Lemak yang berlebihan perlu dihapus segera bagi menghindari diri dari menghadapi penyakit berbahaya.
Teh Herba Orang Kampung dirumus dari daun-daun herba bermutu tinggi. Ianya digunakan secara tradisional untuk mengurangkan dan mengawal berat badan. Ianya juga memberi keseimbangan berat badan dan mampu membentuk badan yang menawan. Ianya sesuai digunakan oleh golongan lelaki dan wanita.

Khasiat Teh Herba Orang Kampung

  • Membantu mengurangkan berat badan dan bau badan
  • Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Membantu membuang lemak-lemak berlebihan
  • Membantu mengatasi masalah sembelit
  • Membantu menyahtoksik dalam badan

Kandungan Teh Herba Orang Kampung

  1. Daun Teh Senna Maki (Cassia Angustifolia)
  2. campuran herba-herba tradisional

Cara Guna

  • Satu uncang teh dicampurkan kedalam air panas dan ditutup sehingga kembang 5-10 minit. Minum 2 kali sehari iaitu selepas makan tengahari dan malam.
Kandungan 30 Uncang X 3 gm

Ahad, 3 Februari 2013

Produk Lepas Bersalin

1)  Tonic Mak Dara

Harga Pasaran : RM59.00
Harga Kami : RM50.00 
free postage (wm)

Tonic Mak Dara mempunyai khasiat dari Buah Bael, Delima, kayu serapat, jintan manis, madu lebah, kunyit, ketumbar,madu dan kurma.Tonic Mak Dara digalakkan untuk wanita dalam pantang.
Kandungan:400ml

Kebaikan Tonic Mak Dara

  • digalakkan untuk wanita dalam pantang dan diambil sebagai makanan tambahan.

  

 

Kandungan Tonic Mak Dara

  1. Kunyit
  2. ketumbar
  3. lada hitam
  4. lada pintal
  5. cabai tali
  6. lada lubang
  7. termulawak
  8. rempah ratus
  9. kurma
  10. madu
  11. emulasi oren

Cara Guna

  1. 2 sudu besar 2 kali sehari semasa perut kosong.
  2. Dicadangkan pengambilan sebelum sarapan dan sebelum makan malam
  3. simpan dalam peti sejuk selepas dibuka.



2)  Set Bersalin Mak Bidan

Harga Pasaran : RM199.00
Harga Kami : RM150.00 
free postage (wm)

Set Bersalin Lengkap Mak Bidan keluaran D’Herbs mengandungi :
  1. Pati Herba Mak Bidan
  2. Pilis & Param Mak Bidan
  3. Krim Panas Mak Bidan
  4. Kapsul Jamu Mak Bidan
  5. Minyak Telon
  6. Tungku Herba Mak Bidan
  7. Perawan Herba Herbal Wash

Pati Herba Mak Bidan
  • Menambah tenaga & memberi kesegaran selepas melalui proses bersalin memulihkan & meyihatkan rahim serta dapat menyembuhkan luka jahitan.
  1. Diambil mulai hari pertama sehingga hari ke 20 selepas bersalin 1 sudu pagi & 1 sudu petang selepas mkn.
Pilis & Param Mak Bidan
  • Dibuat daripada herba-herba terbaik bagi membuang angin dalam badan serta mencantikkan kulit dan memanaskan badan & digunakan sebagai lulur untuk membersihkan kulit badan. Boleh digunakan di bahagian dahi bagi menyejukkan mata & kepala dan mengelakkan pening kepala Didatangkan dalam bentuk cecair yang memudahkan penggunaan&tidak perlu dibancuh lagi.
  1. Cara penggunaan – digunakan selepas menggunakan krim panas Mak Bidan Sapu di seluruh badan dan di dahi (kecuali payudara & perut).
Krim panas Mak Bidan
  • Dapat mengeluarkan angin dalam badan & memanaskan badan. Membakar lemak serta melangsingkan badan juga mengurangkan selulit, senggugut serta mencantikkan kulit.
  1. Cara penggunaan – digunakan sebagai krim urutan selepas bersalin, sapukan di seluruh badan terutama di bahagian perut sebelum memakai bengkung seterusnya di bahagian peha, punggung & lengan bagi tujuan mengurangkan selulit & membakar lemak (jangan sapu di bahagian payudara bagi wanita yang menyusukan bayi)
Kapsul Jamu Mak Bidan
  • Merapatkan otot vagina, serta mengecutkan rahim, dalam masa sama ianya juga dapat melangsingkan badan & menambahkan tenaga serta menyihatkan badan.
  1. Arahan pemakanan – ambil 1 biji 3 kali sehari mulai hari ke 21-40 selepas bersalin. Banyakkan minum air suam .
Minyak Telon
  • Digunakan untuk mengatasi masalah perut kembung & menghangatkan tubuh bayi.
  1. Cara penggunaan – sapu di bahagian perut, dada, belakang badan, tapak kaki bayi selepas mandi.
Tungku Herba Mak Bidan
  • Digunakan untuk mengecutkan peranakan, melancarkan perjalanan darah dan membuang angin serta dapat membuang darah kotor dalam badan.
  1. Cara penggunaan – kukus tungku selama 15-20 minit sebelum digunakan.
Perawan Herbal Soap
  • Pencuci alat sulit wanita yang berfungsi untuk membersih alat sulit agar sentiasa bersih & segar sepanjang hari.
  1. Cara penggunaan – titisan perawan herbal wash pada tapak tangan dan cuci pada alat sulit wanita hingga berbuih. Bilas sehingga bersih.

3)  Bengkung Mak Bidan

Harga Pasaran : RM37.00
free postage (wm)

“kini rahsia rawatan perbidanan kampung diwarisi”
Dijamin lebih selesa!! Kain belacu asli!! Extra saiz!!

Keistimewaan Bengkung Mak Bidan

  • Diperbuat dari kain belacu asli yang bermutu tinggi dan selesa digunakan
  • Mempunyai diameter yang besar, panjang dan mampu menutupi seluruh perut bermula dari bawah payudara hingga ke pinggul.
  • Mudah digunakan walaupun bersendirian kerana mempunyai 2 ikatan tali
  • Boleh digunakan walaupun tidak di dalam pantang untuk mengekalkan kecantikan bentuk badan
  • Penggunaan berterusan bengkung Mak Bidan ini dapat merapatkan Otot Vagina
  • Membentuk kembali pinggul wanita yang kembang selepas bersalin kembali cantik persis anak dara

Cara Guna

Langkah 1
  1. Lipat kain bengkung bermula dari kiri ke kanan
  2. Lipat kain bengkung sebelah kanan pula ke kiri
Langkah 2
  1. Masukkan tali disebelah kiri ke lubang jahitan disebelah kanan dari bawah.
  2. Selepas itu masukkan pula tali di sebelah kanan ke kiri berselang seli sehingga sampai ke lubang yang terakhir yang berada di paras bawah dada.
Langkah 3
  1. Setelah sampai ke paras lubang yang terakhir, lilitkan ke dua-dua tali yang berlebih tadi ke belakang dengan cara bersilang (seperti anda mengikat tali kasut yang panjang).
  2. Lilit sehingga simpulan yang terakhir berada di bahagian hadapan dan anda telah pun siap berbengkung.

4)  Akar Herbanika Nona Roguy

Harga Pasaran (Besar) : RM100.00 
Harga Kami : RM80.00
Harga Pasaran (Kecil) : RM70.00
Harga Kami : RM62.00
free postage (wm)

Akar Herbanika digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin. Juga digunakan bagi melawaskan pembuangan air kecil, untuk mengencangkan otot-otot tubuh dan membantu mengurangkan berat badan, keletihan dan sakit-sakit sendi. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.
Akar Herbanika terdapat dalam dua saiz:
  1. Akar Herbanika Besar
  2. Akar Herbanika Kecil

Khasiat Akar Herbanika

  • Minuman antioksidan ini membantu menyegarkan urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu ibu, mengurangi air berlebihan dalam badan.
  • Melawaskan sistem pembuangan air kecil, meringankan badan.
  • Membantu memecahkan lemak degil serta mengatasi keletihan dan sakit sendi serta sejuk-sejuk dan juga mengawal bau badan.

Kandungan Akar Herbanika

Sireh Melayu (Piper Betle Folium)
Sireh terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari (kadinen, kavikol, sineol, eugenol, karvakol) ini digunakan untuk mengubati keputihan, nafas @ badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan.

Temulawak (Curcuma Xanthorrhiza rhizom)
Temulawak mempunyai khasiat laktoga, kaloga, antiinflamasi, tonikum dan diuretic. Biasanya digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti rheumatik dan kesakitan pada otot, masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang, menghilangkan kekejangan, buasir dan masalah kerengsaan pada rektum merawat, masalah sembelit, masalah keputihan dan gastrik dan gas berlebihan.

Misai Kucing (Orthosiphon aristatus folium)
dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Dapat juga merawat penyakit lain seperti ghout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. Arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

Ketapang (Terminalia catappa cortex)
Bijinya boleh melawaskan pembuangan air besar. Buahnya boleh merawat demam panas, cirit birit dan asma. Daunnya boleh merawat reumatik dan dapat menghentikan cirit birit dan batuk berdarah. Kulitnya boleh merawat demam panas, cirit birit, disenteri dan pendarahan rahim. Juga mengubati bisul dan mengurangkan sakit puting payudara bagi ibu yang menyusukan bayi.

Halia (Zingiber Officinale Rhizom)
Mempunyai nilai perubatan sebagai anti flatulan, laxatif, antasid, mengalakkan perpeluhan, menghentikan permuntahan, anti bakterial, anti kovulsan, analgesik, anti ulser, sekretori anti gastrik, anti kulat, anti spasmodik, anti allergernik, anti kogulan dan anti mikrobial.
Secara tradisional digunakan untuk membantu penghadaman, merawati ketidakselesaan perut, mengurangkan inflamasi, ulseratif kolitis, menurunkan tahap kolesterol, melegakan penimbunan gas, anti flatulan, merangsangkan perjalanan darah, melegakan kekejangan dan melegakan kesakitan.

 

5)  Rangkaian Herbanika Bersalin Nona Roguy

Harga Pasaran : RM365.00
Harga Kami : RM295.00
(free postage)

Herbanika Bersalin dari Nona Roguy adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan.
Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan. Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy(NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Produk ini adalah buatan dan keluaran Malaysia.

Antara produk yang terdapat dalam Rangkaian Herbanika Bersalin:
  1. PhytoNatal 90 biji.
  2. Krim Herbanika Barut 60g.
  3. Herbanika Lulur 100g.
  4. Minyak Herbanika 100ml.
  5. Uncang Cuci Herbanika 10 t-bag.
  6. Akar Herbanika 10 t-bag

PhytoNatal

Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.
Khasiat PhytoNatal
  • Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan.
  • Melawaskan pembuang air kecil & besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin.
  • Mengimbangi kembali sistem badan.
  • Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan.
Cara Guna PhytoNatal
  1. Kelawasan biasa – makan 2 – 3 biji 1 kali sehari.
  2. Terlalu lawas (Sensitif) – makan 1- 2 biji 1 kali sehari.
  3. Tidak lawas (Sembelit) – makan 3 – 5 biji 1 atau 2 kali sehari.

Krim Herbanika Barut

Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.

Khasiat Krim Herbanika Barut
  • Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
  • Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
  • Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang.
Cara Guna Krim Herbanika Barut
  1. Digunakan dua (2) kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur).
  2. Sapu Krim Herbanika Barut ke seluruh perut dan pinggang.
  3. Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Krim Herbanika Barut ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
  4. Pakailah bengkung.
  5. Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
  6. Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
  7. Pakai sepanjang malam.

Herbanika Lulur

Digunakan secara tradisional sebagai penyental kulit untuk mengurangkan bintik-bintik hitam, untuk kehalusan, kesihatan dan kebersihan kulit.

Khasiat Herbanika Lulur
  • Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot seperti rheumatism, arthiritis dan vena varikos dan peluh berbau.
  • Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan.
  • Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik.
  • Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot, urat saraf serta urat timbul.
  • Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.
Cara Guna Herbanika Lulur
  1. Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut:
  2. 1 – 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampur dengan air panas suam serta sedikit air florida (supaya serbuk lulur tidak bertempek).
  3. Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang.
  4. Sapu kaki dan tapak kaki dengan air Florida dan pakai stokin yang tipis.

Minyak Herbanika

Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot perut dan payudara, mengurangkan regangan kulit perut akibat mengandung, melegakan batuk dan sakit anggota badan, sakit otot dan sendi, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.

Khasiat Minyak Herbanika
  • Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot.
  • Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi.
  • Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.
  • Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur.
  • Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan.
Cara Guna Minyak Herbanika
Bersalin secara Normal
  1. Sapukan Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha.
  2. Sangat mujarab digunakan untuk urut.
  3. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.
Bersalin secara Pembedahan (cesarean)
  1. Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.
Bengkak payudara
  1. Urut Minyak Herbanika ke kawasan payudara dan dengan lembut tekan puting untuk mengeluarkan susu.
  2. Jika bengkak, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan letakkan ke kawasan bengkak. Ulang sehingga payudara lembut. Keringkan dan pakai semula Minyak Herbanika di payudara.
  3. Bersihkan puting sebelum menyusu bayi.

Uncang Cuci Herbanika

Digunakan secara tradisional sebagai air cebok untuk kebersihan kesihatan dan kesegaran wanita untuk melegakan keputihan dan gatal-gatal ringan.

Khasiat Uncang Cuci Herbanika
  • Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit, buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan.
  • Sesuai untuk masalah buasir , hydroterapi dan compress.
Cara Guna Uncang Cuci Herbanika
  1. Rendam 2 Uncang Cuci Herbanika dalam 1/2 liter air panas mendidih.
  2. Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba.
  3. Boleh memasukkan 2 sudu besar garam ke dalam air herba.
  4. Kemudian masukkan sedikit air biasa supaya panasnya tidak melecurkan kulit.
  5. Guna airnya untuk mencebok atau menggunakan kapas untuk mencuci alat peribadi wanita.
  6. Boleh diamalkan pada setiap pagi, petang dan malam.

Akar Herbanika

Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguatkan dan menyegarkan anggota badan, juga digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita untuk mengurangkan air berlebihan dalam badan dengan melawaskan pembuangan air kecil, membantu mengurangkan berat badan, keletihan dan sakit-sakit sendi. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.

Khasiat Akar Herbanika
  • Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
  • Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
  • Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.
Cara Guna Akar Herbanika
  1. Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba.
  2. Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga.
  3. Minum suam panas 3 – 4 cawan sehari.
  4. Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
  5. Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
  6. Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
  7. Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.

Maklumat Lain Berkenaan Rangkaian Herbanika Bersalin

No Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia:
  1. PhytoNatal (MAL 05090043T)
  2. Krim Herbanika Barut (MAL 20014436T)
  3. Herbanika Lulur (MAL 19985761T)
  4. Minyak Herbanika (MAL 19985762T)
  5. Uncang Cuci Herbanika (MAL19985763T)
  6. Akar Herbanika MAL19972865T)

6)  Minuman Wanita Dalam Pantang

Harga Pasaran : RM45.00
Harga Kami : RM40.00
(free postage)
 

Minuman Wanita Dalam Pantang diramus khusus dari 38 jenis herba yang mengandungi pelbagai khasiat di antaranya ialah madu lebah, manjakani, kacip fatimah, akar serapat, sirih, kunyit, temugiring, kencur, cekur, halia, kulit halban, asam jawa, dan lain-lain herba terpilih.

Khasiat Minuman Wanita Dalam Pantang

  • Sangat berkhasiat untuk pemulihan bagi wanita selepas bersalin.
  • Merawat luka, mengecutkan rahim, memberikan tenaga, memudarkan parut di perut semasa mengandung.
  • Membantu mendapatkan kembali bentuk badan yang langsing.
  • Mengencangkan otot-otot rahim dan payudara.
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Membuang angin dalam badan.
  • Menaikkan seri wajah kembali.

Kandungan Minuman Wanita Dalam Pantang

  1. Peach berasal dari keluarga Rosaceae dan mengandungi khasiat dan serat yang tinggi. Buah ini mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Ia dapat mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, ia sesuai untuk masalah kolesterol kerana diphenylisation yang membantu menurunkan paras serum dalam darah.
  2. Kunyit dijadikan rawatan selepas bersalin bagi mengecutkan rahim dan mencuci darah  juga mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman. Selain daripada itu, ia juga melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Ia dikatakan juga dapat menghilangkan masalah keputihan dan vagina yang terlalu berair dan dapat meningkatkan keintiman hubungan suami isteri.
  3. Halia Merah merupakan sejenis halia tetapi ia berwarna merah. Aromanya sama seperti bau halia biasa namun lebih tajam. Ia dapat melegakan saluran pernafasan, menambahkan air susu ibu, mengembalikan selera makan, meredakan batuk dan selesema, serta meningkatkan kualiti kehidupan seksual.
  4. Asam Jawa kandungan “Flavonoid” didalamnya bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Ia juga membantu melangsingkan badan.

Cara Guna

  1. Goncang dahulu sebelum di minum, ambil 15 ml, minum 2 kali sehari dengan menggunakan cup sukatan yang disediakan sebelum sarapan pagi dan malam.
  2. Disyorkan agar mengambil minuman ini selama 60 hari agar kerekahan pulih sepenuhnya.
  3. Kandungan 350ml

 

7)  Air Susu Ibu (ASI)

Harga Pasaran : RM45.00
Harga Kami : RM40.00
(free postage)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang. Maka terciptalah produk Air Susu Ibu (ASI) dari Atika Beauty bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu ibu.

Khasiat Air Susu Ibu (ASI)

  • Untuk mengurangkan senak/sakit ulu hati.
  • Melancarkan sistem pencernaan.
  • Meningkatkan pengeluaran susu ibu yang menyusu.
  • Meningkatkan sistem imunisasi

Kandungan Air Susu Ibu (ASI)

  1. Tembikai Madu dapat membantu mengurangkan masalah kulit dan menjadikannya lebih sihat. Ia kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.
  2. Labu berfungsi mengawal nafsu makan. Selain Vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin, serat dan fiber yang tinggi.
  3. Ekstrak Halba dapat merangsang penghasilan hormon wanita dan membantu kitaran haid. Ia berupaya meningkatkan penghasilan progesteron dan melancarkan pengedaran darah serta membuang toksid dalam badan.
  4. Ekstrak Jintan Hitam(Habbatus Sauda) yang tumbuh di Mesir, India dan di Negara-negara Laut Tengah, kaya dengan vitamin, mineral dan serat makanan untuk meningkatkan sistem imunisasi dan sebagai penawar segala jenis penyakit.  Ia juga meningkatkan pengeluaran susu ibu yang menyusu, membantu menambah rangsangan seksual, baik bagi penyakit ghout.
  5. Ekstrak Adas/Adas Pedas mempunyai kesan antiinflamasi dan estrogenic (meningkatkan penghasilan susu, menggalakkan haid).

Cara Guna

  • Goncang dahulu sebelum di minum, ambil 15 ml, minum 2 kali sehari dengan menggunakan cup sukatan yang disediakan sebelum sarapan pagi dan malam.
  • Kandungan 250ml 


8)  Set Bersalin 9 in 1 Atika Beauty 

Harga Pasaran : RM300.00
Harga Kami : RM240.00
(free postage (wm)

Set Bersalin  Atika Beauty merangkumi produk penjagaan kesihatan dalaman bagi ibu-ibu sebaik sahaja melahirkan cahaya mata. Ia bukan sahaja membantu memulihkan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin malah mengembalikan kesegaran dan kecerian pada tubuh dan wajah.

Kandungan Set Bersalin  Atika Beauty

  1. Jamu Bersalin 1 300 biji.
  2. Jamu Bersalin 2 300biji.
  3. Teh Herba Tampang 10 paket.
  4. Minyak Herba 100ml.
  5. Minyak Bayi 100ml.
  6. Rempah Pembersih Wanita.
  7. Param.
  8. Tapal.
  9. Pilis.

Khasiat & Cara Guna Produk Yang Terdapat Dalam Set Bersalin  Atika Beauty

Jamu Bersalin 1
  • Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.
  • Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari sebelum makan.
Jamu Bersalin 2
  • Digunakan secara tradisional untuk menguatkan otot-otot tubuh dan mengurangkan berat badan bagi wanita selepas bersalin.
  • Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari, sebelum makan.
Teh Herba Tampang
  • Sebagai minuman selepas bersalin.
  • Cara Penggunaan : Rendam 1 uncang secawan air panas selama 5 minit. Minum ketika masih panas. Minum 2 kali sehari selepas makan bermula pada hari ke 4 selepas bersalin sehingga hari ke 8.
Minyak Herba
  • Membantu menyingkirkan angin dan memanaskan badan. Ekstrak herba yang digunakan juga mempunyai tindakan anti bakteria, anti radang serta anti fungus.
Minyak Bayi
  • Digunakan untuk bayi bagi mencegah dan mengubati perut kembung serta memberikan kehangatan pada bayi.
Rempah Pembersih Wanita
  • Menyegarkan, mengembalikan kawasan vagina agar bersih serta mengelakkan jangkitan. Menghilangkan bau dari darah kotor yang keluar serta merapatkan vagina.
  • Cara Penggunaan :
    1. Gunakan produk ini 2 kali sehari.
    2. Setiap uncang boleh digunakan sebanyak 2 kali.
    3. Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau bagi mendapatkan larutan yang lebih pekat, rebus 1 uncang ke dalam satu liter air selama 15 minit.
    4. Cuci bahagian vagina dengan larutan herba atau tuang larutan ke dalam besen bulat.
    5. Campur dengan 1 liter air bagi penyediaan larutan suam.
    6. Rendamkan bahagian vagina anda ke dalam larutan tersebut dan duduk sehingga larutan itu sejuk.
    7. Buang larutan itu selepas digunakan.
Param
  • Boleh dicampurkan dengan minyak urut semasa urutan. Menolong memecahkan lemak serta memanaskan badan. Boleh juga digunakan sendiri dengan mencampurkannya dengan air dan dilumurkanpada seluruh badan kecuali buah dada. Baik untuk melancarkan darah, memanaskan, melegakan rasa gatal serta memecahkan lemak.
  • Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 4 sudu besar air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh tubuh kecuali buah dada.
Tapal
  • Digunakan untuk memejalkan dan menguatkan tisu abdomen. Campuran herba yang mengandungi tanah liat dan jus limau juga membantu menghilangkan parut, tompok hitam pada perut.
  • Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan dengan rata di kawasan perut. Tutup dengan kain nipis sebelum menggunakan Bengkung Atika Beauty.
Pilis
  • Membantu menghindari sakit kepala dan menyejukkan mata.
  • Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh dahi


9)  Set Bersalin Ibu Halimah


Harga Pasaran : RM350.00
Harga Kami : RM280.00
(free postage (wm)

Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun-temurun keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dah tidak mengandungi bahan tiruan,manakala bengkung yang disediakan adalah bengkung tradisional Melayu. Set ini adalah lengkap untuk penggunaan 44 hari tempoh berpantang.

Kandungan Set Bersalin Ibu Halimah

  1. Jamu Mak Dara (Serbuk) 1 kotak 250 gram
  2. Jamu Mak Dara (Kapsul) 2 botol 60 biji kapsul
  3. Losyen Param Ibu Halimah 1 botol 120 ml
  4. Pilis 1 bekas 200 gram
  5. Bedak Sejuk 1 bekas 200 gram
  6. Rempah Mandi 1 bungkus 100 gram
  7. Bengkung 1 helai
  8. Tungku Kukus Berherba 1 unit

Jamu Mak Dara

Jamu Mak Dara adalah satu produk herba yang digabungkan melalui warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semuladi. Ramuan perubatan herba yang inovatif ini memberikan kebaikan pada tubuh luar dan dalam malah meningkatkan daya sistem tubuh.

Khasiat Jamu Mak Dara
Ia membuang toksik dalam badan, menyuburkan rahim, mengatasi masalah keputihan, merapatkan faraj, menambahkan nafsu syahwat, mengembalikan tenaga, memperbaiki sistem kitaran haid, membuang angin, membakar lemak, menurunkan berat badan, mengatasi masalah bau badan, sakit pinggang dan lemah badan serta berfungsi sebagai awet muda.
Pemakanan dan pengamalan Jamu Mak Dara secara teratur dan konsisten menggalakkan kesihatan dalaman wanita sehingga terpancar keluaran tubuh wanita.


Cara Guna Produk Jamu Mak Dara (Serbuk)
  1. Bancuhkan satu sudu besar Jamu Mak Dara(serbuk) ke dalam setengah cawan air panas.
  2. Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara.
  3. Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.
  4. Sekiranya menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara. Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu.
  5. Banyakkan minum air suam ketika berpantang.
  6. Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.
Cara Guna Produk Jamu Mak Dara (Kapsul)
  1. Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan.
  2. Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timum , buah kundur dan lain lain ketika berpantang.
  3. Juga elakkan makanan berlemak, berkuah dan berair seperti kobis, seboleh bolehnya sehingga selepas pantang kerana jika di ambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh.

Losyen Ibu Halimah

Losyen Ibu Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat. Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan mengurangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan.

Cara Guna Losyen Ibu Halimah
Di gunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada, lengan dan terutamanya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi.

Pilis

Pilis di gunakan untuk melegakan sakit-sakit di bahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yagn biasa dialami ibu ibu baru lepas bersalin.

Cara Guna Pilis
Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.

Bedak Sejuk

Bedak sejuk di gunakan untuk menghilangkan ruam pada muka dan membersihkan liang-liang kulit serta menghilangkan kesan kesan hitam pada leher supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.

Cara Guna Bedak sejuk
  1. Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehinga menjadi pes.
  2. Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu, leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan kesan hitam.
  3. Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu.
  4. Seelok-eloknya dibiarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat di serap oleh kulit.

Rempah Mandi

Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu-ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bagu badan dan kesan-kesan hitam akibat kulit pecah.

Cara Guna Rempah Mandi

  1. Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih.
  2. Ambil 3 cawan air rempah mandi dan dicampur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian).
  3.  Mandi menggunakan air rempah secukupnya.
  4. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru.
  5. Rempah mandi boleh di gunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu-ibu dalam tempoh berpantang.

Bengkung

Bengkung Jamu Mak Dara di perbuat dari kain belacu yang sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kainnya yang lebih lasak. Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu-ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.
Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.

Cara Guna Bengkung
  1. Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.
  2. Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada.
  3. Pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas.
  4. Lilitkan tali mengikut lubang-lubangnya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas.
  5. Adalah di nasihatkan kepada para ibu untung menyapu Losyen Ibu Halimah  terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung. Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut.
  6. Di sarankan bengkung digunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang. (akan di sertakan gambar setiap kali pembelian 1 set).

Tungku Kukus Herba

Tungku Kukus Herba ini di perbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.
Di gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan sengal sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu-ibu dalam tempoh berpantang.

Cara Guna Tungku Kukus Herba
  1. Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab.
  2. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.
  3. Lapiskan dengan satu lapis kain sekiranya panas kemudia tuam pada bahagian yang mengalami masalah.
  4. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.
  5. Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.

Maklumat Lain Berkenaan Set Bersalin Ibu Halimah

No Pendaftaran KKM:
  1. Jamu Mak Dara (Serbuk): MAL 08010751TC
  2. Jamu Mak Dara (Kapsul): MAL 07081636TC
  3. Losyen Ibu Halimah:  NOT 080500746K
  4. Pilis: NOT 080801652K
  5. Bedak Sejuk: NOT 080801651K

10)  Set Bersalin Confine Mum Premium

Harga Pasaran : RM350.00
Harga Kami : RM300.00
(free postage (wm)

Set Ibu Bersalin Confine Mum Premium terhasil dari formula herba tempatan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Mengandungi 9 produk di dalamnya sangat praktikal, dengan cara pengunaan yang mudah serta tanpa bau yang memeningkan. Sesuai untuk ibu bersalin normal atau pembedahan dan ia selamat untuk ibu menyusu bayi.

Kandungan Set Ibu Bersalin Confine Mum

  1. Tablet Haruan Complex – 50 biji
  2. Tablet Prawan – 80 biji
  3. Ginger Cream – 100g
  4. Cotet Emas Uncang – 15 uncang
  5. Body Contour Gel – 50g
  6. Bengkung Correctuer
  7. Minyak Telon – 24ml
  8. Pek Tungku Herba – 2x200g
  9. PERCUMA Beg Sandang Leesa

Tablet Haruan Complex

Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik. Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka.
Tablet Haruan adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.

Khasiat Tablet Haruan Complex
  • Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang bersalin secara caesarian atau pembedahan).
  • Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
  • Mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia.
  • Boleh diambil bukan hanya untuk wanita lepas bersalin, malah oleh kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan.

Tablet Prawan

Tablet Prawan yang berperanan seperti ubat periuk ini diformulakan dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan.
Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.

Khasiat Tablet Prawan
  • Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
  • Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
  • Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
  • Mencegah masalah meroyan.
  • Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
  • Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.

Ginger Cream

Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium Leesa Formula yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkan amalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia. Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit.

Khasiat Ginger Cream
  • Membuang angin dalam badan.
  • Mencegah angin dari memasuki badan.
  • Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.
  • Mencair dan melancarkan perjalanan darah.
  • Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan.
  • Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan.
  • Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.
  • Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.
  • Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan di atas.

Body Contour Gel

Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak dan selulit. Ia disapu sebelum berbengkung bagi mempercepatkan pembakaran lemak dan selulit di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Ia tanpa bau, tiada kesan melekit serta mudah menyerap apabila di sapu.

Khasiat Body Contour Gel
  • Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.
  • Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.
  • Memperbaiki sistem peredaran mikro kulit.

Bengkung Correctuer

Bengkung ialah sejenis kain yang digunakan secara tradisi sejak berzaman lamanya, diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin secara normal (ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan.
Bengkung CORRECTUER dari Leesa Formula adalah singkatan perkataan `Correct & Contour`, khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang.

Khasiat Bengkung Correctuer
  • Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil.
  • Merampingkan kembali pinggang.
  • Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
  • Menaik dan membentuk kembali punggung.
  • Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan.
  • Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.

Cotet Emas Uncang

Uncang herba, khusus untuk minuman harian wanita, terutama bagi ibu dalam pantang. Rasa yang enak dengan bau limau purut yang harum. Cotet Emas Uncang adalah herba yang popular dikalangan penduduk utara Malaysia sebagai tonik wanita dan sering digunakan terutama selepas bersalin.
Cotet Emas Uncang amat baik dijadikan minuman kerana khasiat kandungan bahan flavanoid dan triterpenoid di dalamnya bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamatori, manakala perisa semulajadinya yang menyerupai rasa kayu manis amat digemari ramai.

Khasiat Cotet Emas Uncang
  1. Mengecutkan peranakan
  2. Memberi tenaga
  3. Menyihatkan tubuh
  4. Merapatkan kembali vagina
  5. Bersifat antiseptik dan mengurangi bau badan.

Minyak Telon

Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi.

Cara Guna Minyak Telon
  1. Sapukan 5-10 titik pada dada, perut, pinggang dan telapak kaki.
  2. Boleh dipakai bila-bila masa terutama selepas mandi dan bila udara sejuk/dingin.
  3. Sapu diwaktu malam sebelum tidur untuk mengurangkan gejala bayi kencing malam.
  4. Jika bayi kembung atau senak, sapu di bawah lutut hingga kaki.

Pek Tungku Herba

Pek Tungku Herba adalah formula eksklusif Leesa Formula yang di ilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Thai, menggunakan beberapa ramuan herba yang dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu dituam ke badan bagi memberikan kesihatan yang lebih baik kepada semua orang, terutama ibu lepas bersalin.
Ia dalam bungkusan kain cotton mengandungi 5 jenis herba iaitu halia bara (plai), kunyit, limau purut, serai wangi dan kapur barus. Semua herba tersebut telah digunakan turun temurun dalam perawatan tradisional hampir diseluruh Asia Tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand . Ramai mengetahui khasiat `bertungku`, tapi susah hendak dipraktikkan kerana ketiadaan batu yang sesuai, tidak tahu cara membakar & jenis-jenis daun yang digunakan untuk membalut tungku, susah untuk mencari daun tersebut, tidak tahu bagaimana mahu membalut batu tungku dan sebagainya.

Khasiat Pek Tungku Herba
  • Berfungsi sebagai `batu tungku` yang mudah, ringkas.
  • Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor.
  • Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan.

Maklumat Lain Berkenaan Set Ibu Bersalin Confine Mum

No Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia:
  1. Tablet Haruan Complex – MAL 05051136T
  2. Tablet Prawan – MAL 20020639T
  3. Ginger Cream – MAL 05012025T
  4. Body Contour Gel – MAL 04112052K
  5. Minyak Telon – MAL 05090421K

11)  Ubat Bersalin Afiat

Harga Pasaran : RM89.00
Harga Kami : RM80.00
(free postage (wm)

Ubat Bersalin Afiat digunakan secara tradisional untuk wanita lepas bersalin yang serba lengkap untuk 44hari. Ubat Bersalin Afiat, pilihan wanita bersalin sejak turun temurun.

Kandungan Ubat Bersalin Afiat

  1. Bedak Hangat Afiat
  2. Pil Jamu Afiat
  3. Makjun Bawang Putih
  4. Minyak Afiat
  5. Akar Kayu Periuk Afiat
  6. Barut Afiat
  7. Tali Pembentan Afiat
  8. Pati Afiat Balm
  9. Feminine Care
  10. Gel Mandian Serai Wangi

MINYAK AFIAT

  • Untuk urutan wanita lepas bersalin.
  • Lain-lain kegunaan, lenguh-lenguh sendi, sengal-sengal tulang, luka-luka kecil, gigitan serangga, salah urat, tergeliat, terkena api dan titisan air panas.
  • Untuk digosok di tempat yang sakit bahagian luaran sahaja.

GEL MANDIAN SERAI WANGI

  • Diadun khas dengan Serai Wangi yang bersifat aromaterapi untuk menyegarkan kulit badan.
  • Khasiatnya sama seperti mandi lulur iaitu untuk menaikkan seri kulit untuk digunakan semasa mandi.

FEMININE CARE (PENCUCI WANITA)

  • Campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi lapisan perlindungan dan mengurangkan kegatalan dengan mengekalkan pH di bahagian sulit.

BEDAK HANGAT AFIAT

  • Digunakan selepas mandi pagi dan petang.
  • Caranya ialah dengan mencampurkan Bedak Hangat dengan air dan sapukan ke seluruh badan.
  • Khasiatnya untuk memanaskan badan selepas mandi.

PIL JAMU AFIAT

  • Untuk dimakan selepas bersalin.
  • Makan 12 biji sehari – 4 biji pagi, 4 biji tengahari & 4 biji malam.
  • Khasiatnya untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.

AKAR KAYU PERIUK AFIAT

  • Direbus dengan air dengan sukatan anggaran 200 ml.
  • Minum airnya segelas, 2 kali sehari selepas 20 hari bersalin.
  • Khasiatnya untuk menyegarkan tubuh dan menambahkan tenaga.

BARUT AFIAT

  • Dipakai untuk wanita selepas bersalin bagi melangsingkan badan.
  • Caranya ialah dengan terlebih dahulu menyapukan perut dengan kapur bercampur limau nipis ataupun Minyak Afiat.
  • Kemudian ikat tali Barut Berubat pada ari-ari (di bawah pusat).
  • Pakai bengkung untuk memperkemaskan kedudukan barut tadi.
  • Pakai Barut ini seharian dan amalkan pemakaiannya selama 44 hari.

BALM AFIAT

  • Disapu pada pusat bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan.

MAKJUN BAWANG PUTIH

  • Untuk dimakan selepas habis tempoh pantang.
  • Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam.
  • Khasiatnya ialah untuk penambahan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.

TALI PEMBENTAN AFIAT

  • Dipakai pada pergelangan tangan kanan ibu

Maklumat Lain Berkenaan Ubat Bersalin Afiat

No Pendaftaran KKM:
  1. Bedak Hangat Afiat MAL 19963104T
  2. Pil Jamu Afiat MAL 20020346T
  3. Makjun Bawang Putih MAL 19990842T
  4. Minyak Afiat MAL 19950936T
  5. Feminine Care MAL 05120278K
  6. Gel Mandian Serai Wangi MAL 0604073K

12)  Losyen Limau Purut Mak Dara


Harga Pasaran : RM27.00
(free postage (wm)

Kekal selesa dan bentuk badan yang diingini, terutamanya selepas kelahiran bayi dengan Losyen Limau Purut Mak Dara, dulu dikenali sebagai Losyen Ibu Halimah.
Rahsia kecantikan Ibu Halimah diabadikan di dalam pati losyen urutan. Sesuai digunakan apabila melakukan urutan ringan.Dapat membantu mengekalkan bentuk badan yang diingini, disamping mengurangkan selulit. Juga berkesan untuk menghangatkan badan menghaluskan dan melembabkan kulit.

Persediaan Selepas Bersalin Dengan Losyen Limau Purut Mak Dara

Losyen Ibu Halimah adalah persediaan selepas bersalin yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan yang di dalam pantang dan memastikan tubuh sentiasa hangat.
Ia juga baik untuk mengurangkan rasa kesejukan, kebas pada badan dan menghilangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan.

Cara Guna

  1. Sapu ke seluruh badan untuk urutan atau sapu ditempat yang bermasalah dengan urutan ringan.
  2. Untuk kegunaan luaran sahaja.
  3. Boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. 

13)  Bengkung

Harga Pasaran : RM50.00
(free postage (wm)

Bengkung Jamu Mak Dara di perbuat dari kain belacu yang sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kainnya yang lebih lasak. Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu-ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.

Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu ibu yang baru melahirkan bayi.
Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.

Cara Guna

  1. Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.
  2. Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada.
  3. Pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas.
  4. Lilitkan tali mengikut lubang-lubangnya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas.
  5. Adalah di nasihatkan kepada para ibu untuk menyapu Losyen Ibu Halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung. Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut.
  6. Di sarankan bengkung digunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang. (akan di sertakan gambar setiap kali pembelian 1 set).

14)  Tungku Kukus Herba

Harga Pasaran : RM50.00
(free postage (wm)

Tungku Kukus Herba ini di perbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.
Di gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan sengal sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu-ibu dalam tempoh berpantang.

Cara Guna

  1. Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab.
  2. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.
  3. Lapiskan dengan satu lapis kain sekiranya panas kemudia tuam pada bahagian yang mengalami masalah.
  4. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.
  5. Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.

15)  Rempah Mandi

Harga Pasaran : RM30.00 
(free postage (wm)

Rempah Mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu-ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh.
Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bagu badan dan kesan-kesan hitam akibat kulit pecah.

Cara Guna Rempah Mandi Jamu Mak Dara

  1. Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih.
  2. Ambil 3 cawan air rempah mandi dan dicampur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian).
  3. Mandi menggunakan air rempah secukupnya.
  4. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru.
  5. Rempah mandi boleh di gunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu-ibu dalam tempoh berpantang.
Berat/Isipadu Rampah Mandi Jamu Mak Dara: 200 gram.

 

16)  Herbanika Barut

Harga Pasaran : RM60.00 
Harga Kami : RM50.00
(free postage (wm)

Herbanika Barut dari Nona Roguy digunakan secara tradisional untukmengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.

Khasiat Herbanika Barut

  • Membantu melegakan sakit sendi dan otot.
  • Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
  • Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
  • Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang.

Kandungan Herbanika Barut

  1. Oryza sativa semen.
  2. Myristica fragrans semen.
  3. Cymbopogon citratus cortex.
  4. Oryza glutinosa semen.
  5. Trigonella foenum-graecum semen.

Cara Guna

  1. Digunakan 2 kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur).
  2. Campurkan 1-2 sudu besar serbuk Herbanika Barut dengan 3-4 sudu besar air asam jawa.
  3. Gaul sebati dan masak di atas api yang perlahan sehingga menjadi sederhana pekat(paste).
  4. Sapuan Minyak Herbanika ke bahagian perut dan pinggang.
  5. Kemudian sapukan Herbanika Barut suam-suam panas untuk disapukan ke seluruh perut dan pinggang.
  6. Kemudian ikat dengan menggunakan barut.
No Pendaftaran KKM: MAL20014435T
Kandungan Herbanika Barut 150g 

17)  Krim Herbanika Barut

Harga Pasaran : RM55.00 
Harga Kami : RM50.00
(free postage (wm)

Krim Herbanika Barut Nona Roguy digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot

Khasiat Krim Herbanika Barut

  • Membantu melegakan sakit sendi dan otot.
  • Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
  • Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
  • Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang

Kandungan Krim Herbanika Barut

  1. Oryza Sativa Semen
  2. Myristica Fragrans
  3. Cymbopogon Citratus Cortex
  4. Oryza Glutinosa Semen
  5. Trigonella Foenum Graecum Semen

Cara Guna

  1. Digunakan 2 kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur).
  2. Picit sekurang-kurangnya 2 inci Krim Herbanika Barut dan sapukan ke sekeliling perut dan pinggang serta bahagian yang dikehendaki.
  3. Kemudian ikat dengan mengunakan kain barut.
No Pendaftaran KKM: MAL 20014436T
Kandungan Krim Herbanika Barut 60g 


17Minyak Herbanika Kecil

Harga Pasaran : RM68.00 (kecil)

Harga Kami : RM60.00 
Harga pasaran : RM105.00 (besar)
Harga Kami : RM80.00
(free postage (wm)

Minyak Herbanika Nona Roguy digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot perut dan payudara, mengurangkan regangan kulit perut akibat mengandung, melegakan ketegangan atau sakit sendi anggota sendi badan, melegakan batuk dan mengurangkan kahak, dan melancarkan peredaran darah.

Khasiat Minyak Herbanika

  • Membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses kelahiran anak dan melancarkan aliran darah.
  • Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot
  • Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul di sendi-sendi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus dan rahim dan mengecutkan rahim secara luaran.

Kandungan Minyak Herbanika

  1. Piperis folium
  2. Andropogon nardus folium
  3. Eucalyptus globulus
  4. Myristica fragrans
  5. Cocos nucifera oils

Cara Guna

  1. Sapuan Minyak Herbanika untuk bersalin normal atau secara pembedahan di wad.
  2. Selepas keluar dari bilik bersalin: Gosokkan Minyak Herbanika dengan tipis ke bahagian kulit kepala, tengkuk dan bahu. Ikat rambut dnegan rapi. Kemudian sapurata ke perut, tundun sulit, peha, pinggul, pinggang, lutut, betis dan tapak kaki. Pakaikan stokin.
  3. Boleh tuangkan ke atas pad/ sanitari. Pakai dengan selesa.
  4. Sapuan Minyak Herbanika ke perut dan pinggang, guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.
  5. Bagi yang bersalin secara pembedahan: Sapuan Minyak Herbanika ke perut dan pinggang kecuali bahagian pembedahan, gunakan ‘Strap-On Binder’ yang ringan tanpa memberi penekanan di bahagian pembedahan.
Perhatian: Guna Minyak Herbanika sebelum mengunakan Herbanika Barut. Minyak Herbanika boleh digunakan untuk berurut semasa berpantang.
No Pendaftaran KKM: MAL 19985762T
Minyak Herbanika Kecil 130ml. 

17Uncang Cuci Herbanika

 
Harga Pasaran : RM100.00 
Harga Kami : RM80.00
(free postage (wm)

Uncang Cuci Herbanika Nona Roguy digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan kesegaran wanita selepas bersalin, untuk melegakan keputihan dan gatal-gatal ringan.

 

Khasiat Uncang Cuci Herbanika

  • Digunakan sebagai air cebok di bahagian sulit wanita untuk kesegaran.
  • Membantu menghindari daripada jangkitan kuman, kegatalan kulit, atasi darah berbau.
  • Menghindari dan menyembuhkan luka, kudis, nanah, masalah berair.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.

Kandungan Uncang Cuci Herbanika

  1. Piperis longi folium
  2. Mimusops elengi folium
  3. Tamarindus indica cortex
  4. Citrus hystrix fructus
  5. Lawsonia inermis folium

Cara Guna

  1. Rendam 2 peket Uncang Cuci Herbanika dalam 1/2 liter air panas mendidih.
  2. Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba.
  3. Kemudian masukkan sedikit air biasa supaya panasnya tidak melecurkan kulit.
  4. Guna airnya untuk mencebok atau menggunakan kapas untuk mencuci alat peribadi wanita.
  5. Boleh diamalkan pada setiap pagi, petang dan malam.
Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama daun sireh, inai, daun pandan, serai wangi, halia tua, halba dan garam untuk dijadikan Mandian Herba ibu bersalin selama 14 hari/ 30 hari sehingga 44 hari
No Pendaftaran KKM: MAL19985763T.
Kandungan Uncang Cuci Herbanika 15 T-bags.

17Phytonatal Kecil/Besar

Harga Pasaran : RM140.00(kecil)
Harga Kami : RM80.00 
Harga Pasaran : 205.00
Harga Kami : RM189.00
(free postage (wm)

 Khasiat Phytonatal

  • Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan.
  • Melawaskan pembuang air kecil & besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin.
  • Mengimbangi kembali sistem badan.
  • Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan.

Cara Guna

  1. BERSALIN NORMAL – diamalkan bermula hari ke 4 selepas bersalin
  2. BERSALIN PEMBEDAHAN – Boleh diamalkan hari ke 7 selepas bersalin
  3. Untuk Kelawasan biasa makan 2 – 3 biji (1 kali sehari)
  4. Bagi yang Sembelit makan 3 – 5 biji (1 atau 2 kali sehari)

18Amme Corset

Harga Pasaran : RM40.00

MENGEMBALIKAN BENTUK BADAN YANG RAMPING
Bengkung Sendayu Tinggi Amme Corset ini telah dicipta dan dimodenkan rekabentuknya untuk memudahkan para ibu. Penggunaan bengkung adalah rutin wajib yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu masa kini sepanjang tempoh berpantang. Amme Corset yang diperbuat dari kain belacu merupakan bengkung Sendayu Tinggi yang telah diubahsuai untuk memudahkan penggunaannya ketika berpantang.

Keistimewaan Bengkung Amme Corset

  • Diperbuat daripada kain kasa belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa digunakan.
  • Mempunyai diameter yang panjang dan mampu menutupi seluruh kawasan perut, bermula dari
  • bawah payudara sehingga ke pinggul.
  • Mudah digunakan sendirian tanpa perlu bantuan orang lain.
  • Boleh digunakan walaupun tidak di dalam pantang.
  • Penggunaan bengkung membataskan pergerakan dan mendisplinkan diri sekaligus membantu
  • dalam pemulihan dan pembentukan pinggul, merapatkan vagina dan tulang pelvik.

 

19Pati Herba Amme 60 days

Harga Pasaran : RM34.00
(free postage (wm)
 
Pati Herba Amme 60 Days dari Sendayu Tinggi adalah Minuman Herba Semasa dalam Pantang khusus untuk ibu-ibu selepas bersalin. Ia kaya dengan campuran herba terpilih, Ekstrak Kurma dengan Ekstrak haruan,  Gamat dan Mengkudu. Rasanya juga enak serta baik untuk menambahkan tenaga semasa berpantang, menyembuh luka bersalin, mencergaskan badan dan mengatasi masalah dalaman.

Khasiat Pati Herba Amme 60 Days

  • Membaiki luka dalaman dan jahitan selepas bersalin dengan cepat.
  • Meningkatkan tenaga badan dan menghilangkan rasa keletihan.
  • Mengatasi masalah wajah lesu dan pucat.
  • Memberikan tenaga semasa berpantang.
  • Menurunkan berat badan dengan berkesan.
  • Sesuai untuk bersalin pembedahan.

Kandungan Pati Herba Amme 60 Days

  1. Ekstrak Kurma
  2. Ekstrak Ikan Haruan
  3. Gamat
  4. Mengkudu
  5. Halia

Cara Guna

  1. Ambil 1 sudu Pati Herba Amme 60 days 2 kali sehari sebelum atau selepas makan.
  2. Boleh juga dibancuh bersama dengan air suam.
Kandungan Pati Herba Amme 60 Days: 300ml 


20Amme Complete

Harga Pasaran : RM386.00
Harga Kami : RM370.00
(free postage (wm)

Amme Complete Rahsia Kekal Jelita, Ramping Menawan Selepas Bersalin
Mengikut perubatan perbidanan dan Ayurveda, wanita selepas bersalin akan mengalami darah beku atau darah meroyan (blood poisoning) yang amat merbahaya di mana virusnya akan membunuh hormon wanita yang akan menyebabkan kurangnya hormon estrogen dalam badan. Ini akan menyebabkan wajah seseorang itu menjadi pucat dan lesu. Kemurungan selepas bersalin juga disebabkan penjagaan di dalam pantang yang tidak betul sehingga menyebabkan meroyan. Penjagaan selepas bersalin amat penting kerana dalam tempoh ini badan yang dahulunya mengembang akan mula mengecut dan ini merupakan waktu yang terbaik untuk menguruskan badan. Dengan penjagaan yang betul badan juga akan lebih segar dan bertenaga selepas selesai sahaja tempoh berpantang.

Pakej Amme Complete dari Sendayu Tinggi  merupakan produk lengkap untuk ibu-ibu selepas bersalin selama 60 hari. Pantang masyarakat Melayu adalah selama 45 hari. Tetapi pakej lengkap bersalin Ammy Complete dengan gabungan Perbidanan & Ayurveda disarankan pengambilannya selama 60 hari agar badan lebih bertenaga selain lebih langsing. Pakej lengkap ini amat mudah digunakan terutama bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu. Ia memberikan penjagaan menyeluruh dari hujung rambut ke hujung kaki dalam penjagaan kesihatan dalaman dan luaran. Bagi yang pertama kali menggunakan pakej ini pastinya merasai perbezaannya yang ketara. Ia terdiri daripada 2 bahagian penjagaan iaitu dalaman dan luaran iaitu Penjagaan Dalaman (6 unit) dan Penjagaan Luaran (5 unit)

Penjagaan Luaran Ketika Berpantang

Amme Heat

Khasiat Amme Heat
  • Digunakan secara luaran bagi wanita selepas melahirkan anak sebagai minyak berangin, melembap dan menyegarkan badan.
  • Mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan mencegah sakit sendi.
  • Sesuai juga untuk orang tua yang sakit urat dan sendi.
Cara Guna Amme Heat
  • Sapukan pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stokin.

Amme Massage

Khasiat Amme Massage
  • Digunakan secara luaran bagi wanita selepas melahirkan anak sebagai minyak berangin, melembap dan menyegarkan badan.
  • Digunakan untuk mengurut tubuh dan memeberikan ketenangan pada badan dan sendi
  • Membantu melegakan ketegangan otot dan membetulkan urat-urat selepas bersalin.
  • Melancarkan perjalanan darah, menghaluskan kulit, mengurangkan sembab tubuh dan memanaskan badan.
Cara Guna Amme Massage
  • Campurkan Ammy Heat sedikit di dalam Ammy Massage sebelum membuat urutan.

Baby Telon (Minyak Bayi)

Khasiat Baby Telon (Minyak Bayi)
  • Digunakan secara luaran bagi bayi dan kanak-kanak sebagai minyak berangin, menyegarkan dan melembapkan kulit.
  • Bersifat seperti losyen dan tidak berminyak. Ia memberikan kelembutan dan ketenangan pada bayi.
  • Formulasi dari herba terpilih yang tidak panas dan sesuai digunakan oleh bayi.
  • Membantu mengatasi masalah kembung perut, selsema, melegakan batuk.
Cara Guna Baby Telon (Minyak Bayi)
  • Picit sedikit dan gosok Baby Telon hingga rata pada tapak tangan anda sebelum disapu pada perut, dada dan belakang bayi.

Tummy Tone

Khasiat Tummy Tone
  • Digunakan untuk membantu menghaluskan dan mencantikkan kulit wanita selepas bersalin terutamanya di bahagian perut dan paha.
  • Berfungsi melangsingkan otot perut yang kembang.
  • Mengeluarkan darah beku yang menjadi punca perut buncit.
  • Menghilangkan kesan rekahan pada bahagian perut selain bertindak untuk memutihkan kulit.
Cara Guna Tummy Tone
  1. Campurkan 2 sudu Tummy Tone dengan air limau nipis/cuka bersama air.
  2. Kemudian sapu pada bahagian perut dan boleh memakai bengkung selepas kering. Bagi kulit sensitif, sapu dengan tipis dengan menggunakan air sahaja.
  3. Jika iritasi berterusan, hentikan penggunaan tetapi teruskan pengambilan kapsul Amme Complete.

Body Tone

Khasiat Body Tone
  • Digunakan secara luaran untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati, menghaluskan dan mencantikkan kulit badan. Ia diperbuat daripada herba unik seperti buah cermai, kayu cendana dan kulit kuning.
  • Membantu mengembalikan kecantikan asal tubuh, mengelakkan sembab, mencegah dari angin masuk ke tubuh dan kulit berkedut selepas bersalin.
  • Memastikan badan sentiasa segar selain berfungsi menanggalkan daki serta mencerahkan kulit.
Cara Guna Body Tone
  1. Campurkan 2 sudu Body Tone dengan air mawar/air biasa dan gaul sekata.
  2. Digunakan sebagai pilis pada dahi dan badan.
  3. Sapukan pada lengan, paha dan belakang badan sebelum memakai bengkung.

20)  Set Bersalin Salindah

Harga Pasaran : RM370.00
Harga Kami : RM300.00
( free postage (wm)
“Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil Dari Awal Kehamilan Sehingga Habis Pantang”
Kita sedia maklum bahawa memang ramai wanita hamil yang mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin. Selalunya bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung,
kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehingga ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin.Set Bersalin Salindah adalah penyelesaiannya dan sesuai untuk semua wanita hamil.
 

Khasiat Set Bersalin Salindah Era Edar

  • Membekalkan zat besi mudah serap ke dalam edaran darah dan mudah serap ke dalam sel-sel badan seterusnya menguatkan badan, melancar aliran darah, mengurangkan risiko keguguran, mengurangkan mabuk dan muntah, mencegah simpul biawak (atau varikos vena).
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia seterusnya membekalkan zat untuk pembentukan tulang, saraf dan otak, di samping membantu penghadaman ibu.
  • Membuat ibu menjadi tenang menghadapi hari kelahiran bayinya.
  • Menyediakan saluran peranakan bagi melancarkan kelahiran dengan menganjalkan otot-otot liang peranakan, menguatkan otot rahim (uterus) untuk menguatkan kemutan teranan, meminimumkan rasa sakit semasa bersalin, dan memulihkan alat peranakan selepas bersalin.

 Kandungan Set Bersalin Era Edar

  1. Biokimia
  2. Homopati
  3. Herbalisma

Cara Guna

B1 – Mulai seawal kehamillan
  1. Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu dan menambah darah bagi orang yang pucat.
  2. Bersifat Biokimia
  3. Ambil 2biji 2 kali sehari mulai minggu 12 (bulan 3)
B2 – Mulai minggu ke 24 hamil
  1. Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan.
  2. Menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.
  3. Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .
  4. Bersifat Biokimia
  5. Ambil 2biji 2 kali sehari mulai minggu 24 (bulan 6)
B3 – Mulai minggu ke 28 hamil
  1. Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis.
  2. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.
  3. Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur dan pelupa malas
  4. Bersifat Biokimia
  5. Ambil 2biji 2 kali sehari mulai minggu 28 (bulan 7)
B4 – Mulai 4 minggu sebelum jangka bersalin
  1. Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan.
  2. Memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.
  3. Membantu wanita mengatasi masalah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.
  4. Bersifat Homopati. Elakkan pengambilan minuman berkafina (kopi, nescafe, teh) dan minuman bergas. Jangan dipegang ubat dan gunakan sudu plastik atau hanya gunakan tudung ubat sahaja
  5. Ambil 1biji sehari mulai 4 minggu (1 bulan) sebelum dijangka bersalin.
B5 – Mulai 2 minggu sebelum jangka bersalin
  1. Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
  2. Bersifat Biokimia
  3. Ambil 2biji 3 kali sehari mulai 2 minggu sebelum dijangka bersalin
B6 – Mulai 1 minggu sebelum jangka bersalin
  1. Khasiat : Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.
  2. Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan dan memulas dalam perut.
  3. Bersifat Homopati. Elakkan pengambilan minuman berkafina (kopi, nescafe, teh) dan minuman bergas. Jangan dipegang ubat dan gunakan sudu plastik atau hanya gunakan tudung ubat sahaja
  4. Ambil 1biji sehari mulai 1 minggu sebelum dijangka bersalin1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)
L7 – Guna selepas bersalin-cecair
  1. Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan. Ia juga dibuat basuhan dan kompres.
  2. Bersifat Herbalisma
  3. Penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
L8 – Mulai 5 jam selepas bersalin
  1. Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala. Boleh juga merawat bisul, sakit bila menelan, bisul sedang menjadi, sakit mata merah, sakit gigi berdenyut, bengkak-bengkak merah dan darah hidung
  2. Ambil 1biji 1 jam mulai 5 jam selepas bersalin
L9 – Mulai hari ke 2 selepas bersalin
  1. Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh.
  2. Boleh juga merawat lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, letih lesu, tambah tenaga, hidung berdarah,cirit berdarah memulas, suara parau banyak bercakap dan mimpi gerun kisah kematian.
  3. Ambil 1biji 4kali sehari mulai dari hari ke 2 bersalin
L10 – Mulai hari ke 6 selepas bersalin
  1. Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru. Boleh juga merawat Kekuatan gigi longgar, kuatkan umbi rambut dan kulit pecah.
  2. Ambil 2 biji 3 kali sehari mulai dari hari ke 6 bersalin
L11 – Mulai hari ke 7 selepas bersalin
  1. Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Melenakan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan. Boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk sesisi keluarga
  2. Bersifat Herbalisma
  3. Diminum 2 sudu besar 3 kali sehari mulai dari hari ke 7 bersalin sebelum makan.
L12 – Mulai hari ke 21 selepas bersalin
  1. Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran
  2. Ambil 2 biji 2 kali sehari mulai dari hari ke 21 bersalin
Tambahan:
Setiap set Salindah lengkap akan disertakan bersama-sama dengan sebuah buku peraturan pengunaan yang lengkap. Antara isi kandungan buku ini ialah :
  1. Rancangan pemakanan kesihatan dan rawatan ibu hamil sehingga lepas pantang
  2. Rajah perkembangan bayi dari bulan ke bulan
  3. Khasiat dan panduan penggunaan Salindah
  4. Rancangan penjagaan kesihatan
  5. Tip dan Senaman Untuk Ibu Hamil 
Perhatian :
  1. Elakkan minuman berkafein (Kopi,nescafe dan teh) dan bergas.
  2. Jangan dipegang ubat,gunakan sudu plastik atau tudung botol ubat saja.

21)  Set Bersalin NV

Harga Pasaran : RM498.00  
Harga Kami : RM400.00
( free postage (wm)

Set bersalin Nv merangkumi produk penjagaan kesihatan dalaman untuk ibu-ibu sebaik sahaja melahirkan cahaya mata selama 44 hari. Ia bukan sahaja membantu memulihkan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin malah mengembalikan kesegaran dan kecerian pada tubuh dan wajah.

Kandungan Set Bersalin NV

  1. Jeli Gamat
  2. Minyak Aromaterapi
  3. Minyak Telon
  4. Losyen Halia
  5. Bengkung
  6. Tungku Herba
  7. Lulur
  8. Pilis
  9. Susut
  10. Ubat Periuk
  11. Pati perapat

Cara Guna

Jeli Gamat Hari Pertama – Hari ke 7
  1. 1 sudu besar dimakan 2 kali sehari iaitu pagi dan petang
Minyak Aromaterapi Hari Pertama- Hari ke 44
  1. Titiskan 5-10 titik minyak aromaterapi dan sapu keseluruhan badan atau tempat-tempat diperlukan.
Minyak Telon Hari ke 4- hari ke 44
  1. Sapu atau gosok dan urut perlahan-lahan 5-10 titis pada badan bayi.
  2. Sesuai dipakai bila-bila masa terutamanya selepas mandi dan cuaca sejuk.
Losyen Halia Hari ke 4 – Hari ke 44
  1. Sapu rata ditempat bermasalah dan urut perlahan-lahan.
  2. Untuk kesan lebih cepat sapu setiap kali sebelum tidur.Boleh digunakan sekerap yang mungkin.
Bengkung Hari ke 4 -Hari ke 44
  1. Pakai pada waktu pagi dan malam selepas mandi dan berurut.
Tungku Herba Hari ke 4- Hari ke 44
  1. Masukkan tungku herba ke dalam periuk kukus dan panaskan selama 5-15 minit.
  2. Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku pada badan.
  3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik,bertungku dibahagian badan untuk tempoh masa yang lama supaya khasiat herba dapat diserap oleh badan.
Lulur Hari ke 4- hari ke 18
  1. Titiskan beberapa titik pada tapak tangan dan sapu diseluruh badan sebelum mandi dan biarkan kering.
Pilis Hari ke 4 – hari ke 18
  1. Titiskan beberapa titik pada tapak tangan dan sapu rata pada bahagian dahi.
Susut Hari ke 4 – hari ke 22
  1. Titiskan beberapa titik pada tapak tangan dan sapu rata pada bahagian perut.
Ubat Periuk Hari ke 20 – Hari ke 29
  1. Amalkan minum selama 10 hari. 1/2 gelas pada waktu pagi dan selepas makan.
Pati Perapat Hari ke 25- Hari ke 31
  1. 1 sudu besar dimakan 2 kali sehari iatu pagi dan petang.
 


22)  Bio Selusuh

Harga Pasaran : RM69.00  
Harga Kami : RM60.00
( free postage (wm)

Minyak ini berasaskan minyak kelapa dara dan diadun bersama herba-herba yang terpilih khusus untuk wanita hamil.

Kandungan Bio Selusuh Biodex

  1. minyak kelapa dara
  2. minyak habbatus sauda dan herba terpilih

Cara Guna

  • Cara sapuan – Wanita hamil 7 bulan.
  1. Sapukan Minyak Bioselusuh dibahagian perut,pinggang,pinggul hingga ke kaki setiap hari sehingga bersalin.
  2. Boleh dicampurkan dengan Body Whitening Lotion atau Bio Spa Lotion.
  • Cara minuman
  1. Hamil 36 minggu – minum 1 sudu besar malam
  2. Hamil 37-38 minggu – minum 1 atau 2 sudu besar pagi dan malam
Kekerapan dan pertambahan dos lebih digalakkan di hari-hari terakhir menanti kelahiran. 
 
Perhatian:
Hanya untuk ibu yang hamil tujuh (7) bulan ke atas
Kandungan:220gm